ePPKMD

Persatuan Penduduk Kampung Mangaris Darat

Badan kebajikan & perpaduan penduduk kampung. Bersatu untuk kemajuan dan kesejahteraan bersama.

Tentang Kami

Pengenalan Persatuan

Menjaga kepentingan dan kebajikan seluruh penduduk Kampung Mangaris Darat.

Persatuan ini adalah sebuah badan kebajikan dan badan perpaduan penduduk yang dinamakan “Persatuan Penduduk Kampung Mangaris Darat, Kota Marudu, Sabah.”

Keahlian terbuka kepada penduduk yang mendiami kawasan Kampung Mangaris Darat yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta ahli bersekutu (waris yang tidak menetap di kampung).

Kawasan: Kampung Mangaris Darat & Sekitar

Tujuan & Objektif

Silaturrahim & Perpaduan

Bekerjasama menyatu padukan perhubungan silaturrahim antara penduduk.

Keselamatan & Komuniti

Menjalankan aktiviti keselamatan, kebersihan dan program kejiranan demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kebajikan & Khairat

Memberi Khairat Kematian dan faedah kebajikan kepada ahli, tanggungan serta kedua ibu bapa.

Kerjasama

Menggalakkan sikap tolong-menolong dan bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan.

Kategori Keahlian
  • Ahli Biasa

    Penduduk yang mendiami kawasan Kampung Mangaris Darat yang berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Ahli Bersekutu

    Penduduk atau waris (termasuk isteri) yang tidak mendiami kawasan Kampung Mangaris Darat.

Nota: Ahli yang berpindah keluar masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat menjelaskan yuran.
Yuran & Pendaftaran
  • Yuran Masuk
    Dibayar sekali semasa pendaftaran
    RM 5.00
  • Yuran Bulanan
    Dibayar setiap bulan (RM12/tahun)
    RM 1.00 / bulan
Peringatan: Keahlian akan terbatal jika tertunggak yuran selama 24 bulan berturut-turut.

Sertai Kami

Jika anda adalah penduduk Kampung Mangaris Darat atau sekitar, anda layak untuk menyertai persatuan ini. Daftar sebagai ahli untuk menikmati pelbagai manfaat kebajikan.

Perkhidmatan

Akses Pantas